Pages

About

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BULOH, BANDAR PERMAISURI 22100 SETIU, TERENGGANU. NO.TEL:09-6099332 NO.FAX :096098615|

Monday, July 16, 2007

Aktiviti Luar


Pihak sekolah seringkali mengadakan aktiviti-aktiviti luar kepada guru dan pelajar bagi tujuan merehatkan minda serta meningkatkan kecergasan fizikal. Antara aktiviti-aktiviti yang pernah diadakan ialah seperti berkayak, basikalthon, berkhemah dan lain-lain lagi.

Pertandingan Kesenian

Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh seringmenyertaibeberapa pertandingan bagi mengasah bakat pelajar dalam bidang seni dan kebudayaan. Selain daripada itu, dengan menyertai pertandingan ini, ia juga dapat meningkatkan sahsiah dan jatidiri pelajar. Antara pertandingan yang disertai ialah seperti boria, nasyid, nyanyian solo, sajak dan lain-lain lagi.

Motivasi

Bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tahun enam yang akan mengambil UPSR, program motivasi pagi diadakan pada setiap hari. Program yang bertujuan menaikkan semangat dan meningkatkan keupayaan pelajar itu dikendalikan oleh semua guru-guru bermula pada jam 7.30 pagi setiap hari.

Kemudahan ICT

Makmal Komputer SK Kg Buloh mula beroperasi pada akhir tahun 2005. Sejak dari itu, makmal ini telah banyak melatih para pelajar tentang penggunaan ICT. Ia juga menjadi sumber maklumat kepada guru-guru dengan menggunakan kemudahan Internet yang disediakan. Makmal komputer ini juga menjadi pusat latihan ICT bagi guru-guru daerah Setiu.